Fast Update #2
27 Jul 2007
Aktiviti, Isu Semasa, Website

Proton Sedan
Bukanlah lagi menjadi rahsia yg Proton akan melancarkan model terbaru diorang pertengahan Ogos ni. Kelahiran semula produk Proton ni dikatakan seperti Gen.2 versi Sedan. Paul Tan dalam blognya juga turut menyelitkan gambar dari spycam berkenaan Gen.2 Sedan ni.
Pelajar sekarang terlalu manja?
Guru terlampau atau pelajar sekarang terlalu manja atau ibubapa yg emosional? Isu yg hangat di berita TV dan surat khabar kebelakangan ni. Teringat dulu masa aku kat sekolah. Waktu tu tengah rehat. Aku lepak-lepak dekat satu sudut kawasan sekolah yg mana ada lagi pelajar-pelajar lain jugak. Tengah lepak-lepak, cikgu disiplin datang dan suruh semua pelajar yg ada kat kawasan aku lepak tu naik ke pejabat dia. Rupa-rupanya ada panggilan dari sekolah agama kat bawah tu (sekolah aku atas bukit) ada pelajar main baling-baling batu kat bumbung sekolah agama diorang. Akhirnya, aku dan diorang kena rotan kat tangan walaupun ada yg tak buat. Alasannya, kitorang yg ada kat situ tak tegur budak yg main baling batu atau buat report kat pengawas. Tak kisahlah… tapi walaupun kitorang kena rotan, takde pulak mak bapak datang sekolah pasal kes ni.
PIKOM PC Fair 2
![]()
Bulan Ogos ni ada lagi PC Fair. Lihat tarikh dan lokasi masing-masing. Boleh berangan dari sekarang nak beli apa.
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007
Oh, karnival kerjaya kebangsaan ni buat kat UPM? Kenapa eh tak buat kat PWTC atau Mid Valley? Pengangkutan pun senang. Apapun, bagi yg ada kelapangan atau yg masih mencari-cari peluang kerjaya, datanglah ke sana… mana tau dapat kerja kat multinational company ke.






Ya ya.. Mereka memang makin manja, pondan, lembik! Appa da..
p/s: Aku dulu slalu kena rotan sebab gaduh - takde plak mak bapak marah kat pihak sekolah. Huhuh.
woa,,proton kuar kete baru lg,,da maju da skunk yer,,dr proton saga,skunk da proton sedan,,
hoo.. aku setuju. kalo dulu mak bapak cakap, “cikgu rotan/hukum je anak saya ni kalau dia nakal tak dengar cakap”. sekarang mak bapak cakap, “awas cikgu kalau anak saya balik mengadu itu ini. taulah saya apa nak buat dengan cikgu”. haa, mana la anak tak manja.
pcfair kalini. nak bli printer. hoho
haha…org dulu2 mereka faham kehendak guru merotan..sebab ingin memberi pengajaran…org sekarang pemikiran kolot
Pelajar sekarang makin manja. Akhlak mereka pula akan menjadi semakin bangang. masa depan akan kebelakang. itulah hakikatnya.
PC Fair! Oh PC Fair! semakin murahlah barang-barang PC pada waktu itu. haha!
pelajar semakin kacau…
mak bapak lagi kacau..
tak tau camner…
cikgu aku lempang aku dulu, baru tanya apa salah
sebenarnya aku tak salah pun. kawan aku yang salah tumpahkan dakwat kat murid kesayangan cikgu
pegi PC Fair hari tu. sesak. lemas. tapi dapat gak sambar SD card satu.
mmg Gen2, tp versi sedan…Gen2 seblum ni versi henchback, meaning kalau bukak boot skali tingkap belakang ikut skali…So version latest ni cam style Proton Waja
btw, u’ve been tagged!
ermm…mmg betol apa bro azmie cakap..ermm..tapi tgk yang cambest lg..xde ke versi manual…at xbest sgt..ermm.. apa pon gud try..
er.. nama dia PERSONA ke?
oh ye.. haritu ternampak proton cam pelik kat dalam campus.. mungkin tu la PERSONA kot..
sbb sini dekat ngan PROTON CITY.