Di tepi pantai yang indah
17 Jul 2007
Flickr, Jalan-jalan Cari Pasal

Dua hari di Langkawi memang tidak cukup. Hari pertama aje aku dah membuta di siang hari. Penat sebab tidur yg tidak selesa di dalam bas dari Hentian Puduraya ke Kuala Perlis. Bas sepatutnya jam 12 tengah malam tapi bertolak dekat pukul 1. Hampeh… aku tak suka naik bas yg tak glamour ni.
Dari Kuala Perlis pulak terpaksa tunggu sehingga jam 9. Tiket seawal pagi habis licin… ramai jugak yg datang melancong ke Langkawi ni ye. Aku menginap di rumah member aku di Air Hangat. Dan kedatangan aku ke sini bukanlah kali pertama. Kali keberapa… aku pun kurang pasti.
Selama aku di sini, aku tak sempat nak jelajah ke semua tempat yg ada. Antara yg aku singgah pada petang hari pertama adalah Kilim. Kat sini korang boleh menikmati keindahan hutan paya bakau sambil menaiki bot yg disediakan. Aku kurang pasti berapa caj yg dikenakan tapi korang akan di bawa ke beberapa tempatyg aku kira memang berbaloi.
Hari kedua aku ke Jetty Point, beli tiket feri untuk balik ke Kuala Perlis. Banyak perubahan besar pada Jetty Point ni setelah lama aku tak jejak di sini. Sempat jugak singgah di Dataran Lang sebelum ke Samudera shopping complex untuk makan di Mc D. Oh ya, harga makanan segera seperti KFC dan Mc D di sini mahal sedikit berbanding di KL.
Memandangkan aku belum lagi menjejakkan kaki di Pantai Chenang, aku meluangkan masa berjalan kira-kira 500 meter di Pantai Chenang. Bagi sesiapa yg ingin menginap di chalet atau hotel di Langkawi, pilihlah Pantai Chenang sebab tempat ni memang cantik dan mempunyai pantai yg panjang. Chalet dan hotel jugak agak banyak kat sini… pilihlah ikut suka kau atau budget yg korang mampu.
Kesimpulannya, nak datang ke sini ambiklah cuti korang lama sikit. Paling kurang 3 hari kat sini atau paling ideal 5 hari. Hahaha…lagi lama lagi meningkatkan ekonomi penduduk di sini. Pilih tempat menginap ikut keselesaan… hotel 5 stars atau chalet dengan standard room serendah RM70. Kalau pertama kali datang ke sini, lawatlah tempat yg orang kata wajib seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan sebagainya. Naik jugak kereta kabel untuk melihat Langkawi dari puncak… jangan gayat dah. Yang lain, buatlah budget sebelum datang ke sini.






samudera?.hehe. tu lama punya supermarket..skrg dh billion
tp nama samudera mcm dh besa digunakan plak
berkenaan jeti tu… ya mmg dh upgrade sangat2..aircond lagi
Fuhh..langkawi mengingatkan aku kepada kenangan 2 thn lepas..waktuh aku pulang ke tanahair.Sungguh bermakna melancong dalam negara…haha
cantik menarik dan tertarik…
langkawi? hehe.. baru 2 kali pegi, cable car best.. haha.
ko bercuti ke, rombongan pejabat ke, kursus disana?
aku bercuti… pergi sendiri…