Warna-warni 2006
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar jurusan Perakaunan selepas 4 tahun berhempas-pulas untuk dapatkan degree. Nasib baik takde paper kena repeat dalam sejarah hidup aku. Result tak cemerlang mana… tak macam zaman muda-belia dulu. Huhuhu! 13/8 aku punya Konvo. Bangga jugaklah dapat ambik ijazah depan mak ayah sendiri…
Kerjaya
Mungkin disebabkan aku ni ada darah bisnes yang mengalir dalam badan agaknya, aku sanggup cari pengalaman belajar sambil bekerja. Mungkin pada sesetengah orang, benda ni macam janggal… macam tak cukup duit agaknya. Tapi bagi aku, pengalaman lebih penting dari duit gaji yang aku dapat. Awal tahun ni, aku kerja kat Aromas Cafe jadi management trainee sebab aku ada pengalam kerja kat Kiosk Nescafe UKM. Bukak semester, aku resign kerja kat kiosk sebab aku pilih Aromas untuk cari pengalaman baru. 25/9 sempena bulan Ramadan, lepas aku grad… aku kerja kat audit firm… jadi account exec…
Perniagaan
Aku suka berniaga sebenarnya, tak minat makan gaji. Tapi sebab takde modal… aku tak start nak buat bisnes sebagai kerjaya aku lagi. Tapi, pada 21/7 aku dengan selambanya pergi SSM daftar perniagaan aku sendiri. Kononnya berkobar-kobarlah semangat nak bikin bisnes ni. Thanks billion pada Mouqe sebab bagi aku support untuk project bisnes aku ni.
Kewangan
Memang belum stabil pun… apalagi nak cecah tahap jutawan!!! Hutang kat PTPTN lagi banyak. RM6500 setahun kali 4 campur caj pengurusan diorang. Mau garu kepala kejap. Gaji yang ada sekarang ni ciput aje… tapi hidup harus diteruskan. Kalau ada yang nak bagi seguni duit kat aku, bolehlah. Jangan duit menang loteri sudahlah….
Internet
Antara projek bisnes aku sekarang. Sedang mendalami dan mempraktikan perniagaan internet. Tapi baru peringkat permulaan aje. Blog aku ni pernah diofflinekan seketika… sebab masa tu aku tengah ghairah nak tau pasal perniagaan internet. Akhir-akhir ni baru blog aku aktif balik… sekurang-kurangnya ada info dua-tiga entry aku masukkan setiap minggu. Tahun ni jugak aku beli 3 domain lagi… 2 .com dan 1 .com.my… jumlah semua domain yang aku ada semuanya 6.
Love Story
Biarlah rahsia…

banyaknye domain kau.. tapi yg mane ye? yg aku tau wizurai.com aje
satu lagi wizurai.net…
yg lain rahsia….
rahsia tu..
fuh! buat duit pnyer pasal..
haha
tak elok tunjuk² kemewahan kat org lain…
huhuhu…
Ececece..haha..Ko nak buat bisnes internet apa..Jual barang ke..uh aku pun skrg tgh berjinak-jinak ngan ecommerce..aku nak bukak kedai online..jual apa aku tak fikir lagi..semoga berjaya kat ko..(dan aku)
jual cd, ruang iklan dan yg masih belum terfikir pun ada…
bergantung pd kelapangan jugak…
SALAM MESRA : > betuiii 2 skrng semuanyer prlukan duit..so hdup knalah cri alternatif lin utk dptkan sumber kewngan yg mncukupi.. Fitrah manusia memng xpuas dgn ape yg ada kt tgn depa..Ape pn biar ia dr sumber yg HALAL.. Anywhere good luck dgn bisnes u ne..
fuh..banyak btol iklan dan perubahan dalam web ni..berminat dengan google adsense tp tak reti sangat..nak gak kaye..
bagus meniaga ni…teruskan usaha..:) tapi sayang jugak sebenarnya,wizurai.com ni patutnya jadi blog peribadi ko semata-mata..domain ko kan banyak,jadikan yang lain tu blog info mcm sekarang ni..aku pun main carik duit guna internet gak..:) kita dalam kasut yang sama..hik
thanks bro…
memang domain lain kebanyakannya bagi info…
mcm tu jugak dgn wizurai.com ni….
aku dah malas nak buat blog cite pasal personal aje… kalo org lain nak buat catu, biarkan mereka…
aku rase berkongsi info dlm blog ni lebih baik dan bagus…