SEO dan bukannya CEO
Mari kita bersembang pasal SEO. Apa itu SEO? SEO atau Search Engine Optimization adalah satu kaedah atau proses untuk memudahkan search engine mencari laman web kita. Antara search engine yg popular termasuklah Google, Altavista, Excite dan sebagainya. Dan setiap search engine ni ada alat pre-programmed mereka sendiri yg dikenali sebagai robots untuk mengesan isi kandungan laman web.
So, apa yg penting dalam kita bersembang pasal SEO ni ialah camne web kita boleh dikesan oleh search engine tersebut. Begitu jugak camne nak tarik pelawat baru masuk ke web kita termasuk jugak dalam bab SEO ni, lebih-lebih lagi yg berminat nak buat duit dengan internet termasuklah kalau korang dan bercadang nak gunakan Google Adsense sebagai cara korang dapat duit.
Ambik contoh mudah ni. Seorang peniaga bunga dari Cameron Highlands bercadang membuat satu website berkaitan perniagaannya… dengan harapan, dia boleh menambahkan lagi jualannya dengan mendapat pelanggan baru yg melawat websitenya. So, dia pun mengupah seorang seorang webmaster yg terel dalam bidang grafik dan flash untu buat web beliau. So, dia punya web 80% dalam bentuk grafik dan flash untuk menarik…. kiranya button untuk navigation link dan maklumat dalam web tersebut dalam bentuk flash… ayat-ayat dalam web tersebut dibuat dalam bentuk grafik, kononnya boleh buat font yg cantik menarik tertarik kau memang deboom!!! Yelah, dah perniagaannya menjual bunga, semua kandungan web tersebut penuh dengan grafik tentang bunga.
Tentu menarik bukan? Tapi sayangnya, search engine susah nak tangkap web yg macam ni… yg penuh dengan flash dan grafik yg melampau-lampau. Sebabnya, search engine macam Google lebih mudah menangkap perkataan-perkataan yg ditaip terus atau simple plain text dari menggunakan grafik untuk membuat tulisan yg cantik dan cacthy. Jadi, tips kita arini… perbanyakkan plain text dlm kandungan website supaya robots boleh mengindeks web korang dalam search engine mereka.







huhuhu..best nama tajuk…btw, lawa gak theme
tensionnya internet slow giler…
awat aku dah komen, tapi tak kuar-kuar…
oh…
begituuu
selamat ari raya!
sorila amanz…
comment korang dikesan sebagai spam…
adoila…
teknik seo yang menarik ….seo deo ceo meo reo beo… wuahahaa…
Paling penting kita bold kat perkataan yang kita ingin tekankan…
Aku ada tips untuk korang yang nak dapatkan ranking baik dalam enjin carian…
Kalau nak boleh kontek aku…
Aku nak kongsi jer… Mungkin jgk korang dah tau atau belom tau lagi…