One Utama dan Casino Royale
3 Dec 2006
Filem, Wizurai & Co.
Semalam, aku dan classmate lama yg kenal dari Teknik Setapak keluar pergi 1 Utama. Sebetulnya, kalau setakat aku, Man dan Fadhil memang selalu jugak berjumpa sebelum ni. Cuma Noreen aje yg jarang jumpa sebab dia terus sambung dia punya study kat UUM dalam business admin, minor TESL. Hem, dia bakal jadi cikgu English la pasni. Masa memula jumpa si Noreen ni yg rumah dia se’taman’ dengan rumah aku, dia ada cakap… “Tak sangka pulak aku yg jadi cikgu… dulu Ika yg bersungguh-sungguh nak jadi cikgu…”
Lepas kitorang bertiga (kecuali Noreen) makan cakoi dekat taman permainan betul-betul depan rumah Noreen, kitorang bergerak ke 1 Utama. Rancangan asal aku dengan Man nak ke PIKOM PC Fair, tapi bila dah jumpa si Noreen ni dia pulak bagi idea pergi 1 Utama. So, tahun ni memang tak pergi PC Fair le jawabnya.
Kat sana, bebudak ni nak tengok wayang kat GSC. Diorang nak tengok filem yang tak bosan sangat dan tak jiwang sangat. Takkan nak tengok filem CINTA dengan member-member, lain le tengok dengan awek… kata Man. Akhirnya, beli la tiket filem James Bond tu walaupun filem tu dah lama kat panggung dan VCD/DVD pirated pun dah berlambak kat pasar malam. Walaupun filem ni dah lama main, tapi tiket memang sold-out. Gile la!!! Beratur pukul 6.30 tapi dapat beli untuk show pukul 9.00 malam. Tu pun dapat seat 2 dari depan.

Well, walaupun tengok dari 2 barisan depan, Casino Royale ni takdelah bosan sangat. Tak bayak sangat teknologi dia nak tunjuk macam versi sebelum ni. Aksi-aksi pun banyak jugak walaupun hero macam tak macho. Dan, nak nampak real sikit (walaupun tak real), filem ni nak tunjuk yang Bond pun manusia biasa jugak, tak terel pun. Masa aksi kejar-mengejar dengan penjahat kat atas kren, Bond ni tak cekap mana pun, nyaris-nyaris jugak nak jatuh. Kehebatan teknologi tak terserlah sangat, sebab kereta dia sekali guna dah bersepai gara-gara nak mengelak dari langgar gadis Bond.
Balik dari 1 Utama, singgah makan kat NZ Wangsa Maju. Ramai le bebudak, mentang-mentang le malam minggu… so, sempat le tengok aksi Liverpool menang 4-0. Pukul 1.30 kitorang (oh ya, Noreen dah dihantar balik… tak elok anak dara orang balik lambat… hohoho) blah dari NZ. Fadhil nak layan tengok MU kat rumah dan aku nak layan tido kat rumah jugak.







james bod tu cam dah tua la….sebab tu aksi dia lembik je…hahaha~