Mentor lwn Bintang Cari Bintang
Aku sempat jugak tengok persembahan Mentor lawan Bintang Cari Bintang malam tadi… tapi tengok kat tv ajelah. Persembahan ni berlangsung kat PWTC… melibatkan pertembungan juara Mentor, Fiq dan juara Bintang Cari Bintang, Ima.
Malam tu, Fiq nyanyi dua buah lagu iaitu Pelesit Kota dan Teguh… Ima Bintang Cari Bintang pulak dengan lagu dangdut Halo Dangdut dan Goyang Inul. Selain tu, diorang turut berduet lagu Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19. Apapun, persembahan diorang ni pada aku takdelah menarik sangat pun. Ima dengan goyang gerudi klon Inul Darasista… Fiq aku tak sure adakah suara dia betul-betul rock atau dibuat-buat. Yang bertambah tak best, juri profesional dari Indon macam kelihatan dengan semangat kenegaraannya, lebih memuji-muji Ima sedangkan Zainal Abidin pada komen pertama tetap mengatakan yg nyanyian Fiq tak cukup power.
Aku lebih terhibur dengan persembahan Amy Search… dia nyanyi 2 buah lagu Isabella dan Langit Dan Bumi. Masa Amy Search nyanyi lagu Isabella, ramai penonton yg ikut nyanyi sama. Persembahan yg menarik jugak dari Nurul dan protegenya Nieyl dengan lagu baru Persada… juga menarik.
Keputusannya, Fiq menang… tapi kelebihan melalui undian SMS 60:40 sedangkan Ima menang melalui markah dari juri. Adakah Fiq menang sebab beraksi di gelanggang sendiri? Sepatutnya, lebih menarik dibuat perlawanan persembahan timbal balik.
Oh ya, macam mana tiba-tiba sistem penjurian boleh jadi 50% dari juri profesional dan 50% dari undian SMS??? Sebelum ni kata takde undian SMS?!!!

sepatutnya pertandingan ni dibuat di kedua² negara…ni nampak sangat berat sebelah…dengan pengacaranya lagi yg seperti terlebih²…bukan tidak berbangga dengan negara sendiri tapi menang biarlah bermaruah…sblm ni ckp xde undian sms tapi mlm tadi sebaliknya…daripada keputusan mlm tadi jelas ima menang di mata juri n fiq juara sms…
tak aci
tak aci.
patot ima menang. cuba kalau bukan buat kat mesya, dah lama fiq nganga mulot je. bukan kata tammo sokong wakil negara sendiri, tp mmg performance dia mlm tu takot2. tak gegaq cam selalu.
rasanya kan…
mmg kes biasa. lelaki bila kena lwn ngan pompuan, dia mula tunjuk gentleman tak bertempat. takot2 ja. kesimpulannya, performance ima mmg hebat. tp time lagu sedang ingin bercnta, cam ok pulak si fiq tu. Yg lain, lemah gemalai je rock dia. cam terpengaruh dek dangdut.
ah xdew fiq yg patut menang..
minah endon tuh gelek tunjuk body jew lebey..
suara fiq superb ok~
sebenarnya fiq nyanyi o.k…cuma bagi saya, saya tak rasa klimaksnya di mana…
masalah pitching tu…..biasa…lg saya tak puas hati…pemilihan lagu fiq tu…tak
sesuailah….Ima tu…pilih lagu yg dia dah biasa bawa kat BCB….memanglah dia nampak o.k…but sebenarnya….tak best pun. lagipun lagu dangdut ni…betapa buruknya lagu tu..kalau dibawa ke atas pentas…..ia tetap menarik dan menghiburkan…apa-apa pun semoga fiq akan terus berjaya…mengejar impiannya.
jangan pandang belakang lagi…tp jangan sampai lupa diri pula….go go cayok!!!!!
mungkin penganjur memberi peluang kepada penonton untuk mengundi (lagi) utk abis kan kredit @ menambahkan jumlah bil bulanan penonton. . hihi
ntah la …. bagi aku dua-dua tak perfect … sama aja ….. at least, fiq jadi juara pun aku puas hati … bukan pasal aku sokong negara sendiri … tapi meluat dengan komen-komen juri wakil indonesia yang melebih-lebihkan ima …
Bg aku fiq buat prsembahan paling bgs time pertandingan akhir mentor. time tue die nmpak semangat habis tapi time juara vs juara tak bez r lagu die bwk pas tue macam lembik je..malu kot kat ima yg cun tue..hahaha
aku sebenarnyer tak puas hati fiq menang.sebabnyer dia menang pakai sms.mane leh camni.sms dahla valid kat malaysia jer.patutnye tak yah sms nih.mengarut jer.”Malaysian” la ni undi bukan tengok bakat tapi ikut artis kegemaran diorang jer.tengok zaman 10 tahun lalu,mane ade undi pakai sms.that’s why penyanyi dulu lagi mantap drpd penyanyi skang.Patutnye,mase pertandingan tuh,Ima yang menang.dia nyanyi ngan goyang gerudi skali.yang fiq melalak jer kat atas pentas tuh.tol tak???
alo semua…askum..saya hashim..tak pernah pun dgr lagu melyu tp saya pernah tgk fiq nyanyi…dia ok..dan lagu TIADA LAGI mmg menyentuh perasaan…dan terluah jugak semua kata kata didlm hati yg lama saya simpankan didlm hati. muzik dan lirik memang terharu betul……amy search??? i rasa i mula minat dia NYANYI saja…heheheh ( i bkn gay ya!! hehehe). semoga amy akan menyanyi kan lagu seperti ini. yg pasal sms, sy setuju dgn kata kata semua ttg undian melalui sms…mana lah tahu pesan kawan + kawan dan melalui kawan dan seterusnya sokong undi…..
S O K O N G !!!!!
EHEH…ADA KAH SAYA TERLAMBAT HANTAR MESEJ NI?
entry ni dari bulan Dec 2006 lagi…
lambat atau tidak bukan masalah kat blog ni…