MAHA 2006
26 Nov 2006
Aktiviti, Wizurai & Co.
Hari ni, aku sempat ke MAHA 2006… tak planning pun nak pergi, member yg ajak. Kitorang pergi bertiga, semua lelaki okey. Memandangkan MAHA 2006 ni kat MARDI Serdang, so Man member aku ni takde masalah nak ke sana sebab di ex-UPM. Senang la jugak nak cari lokasi dia sebab bersebelahan dengan UPM. Cuma yg tak best, ramai pulak yg datang nak tengok MAHA 2006 ni. Akibatnya, nak dapat parking agak payah kalau nak dekat-dekat tapak expo… kitorang terpaksa parking beberapa kilometer dari situ.
Well, kitorang tak sempat nak round semua pameran yg ada… pulak tu time kitorang sampai pun dah petang, dalam pukul 5 dan tame tu memang time hujan. Dan taknak membuang masa, Man bawak aku dan Fadhil ke gerai Jalen. Rupanya mak dia dah order kicap Jalen beberapa botol, kordial jugak beberapa botol. So, masa balik tu masing-masing kena bawak plastik berisi kicap dan kordial. Memandangkan parking keta punyalah jauh, masa nak balik tu terpaksalah berenti beberapa kali. Hohoho! Lama tak bersukan sebenarnya, tu yang tercungap-cunggap… peluh jantan sempat jugak mengalir.
Dengar story, PM kita pun pergi lagi tengah hari tadi lepas beliau pergi merasmikan MAHA 2006 masa hari pertama aritu. Dan mulai tahun depan, MAHA akan di buat setiap tahun… sebelum ni dwitahunan.


Foto: MAHAExpo.com






mmber aku siap amek mc untuk gi MAHA ni…
harap2 thn dpn aku berkesempatan ke sana…
dekat ngan umah aku jer tu! tapi aku tak pergi pn…huhu
takkan Sabtu or Ahad tak cuti?
tapi bagus la dia pergi…