Buat Duit Dengan Internet
28 Nov 2006
Ebook, Perniagaan Internet
Mulai arini dan hari-hari seterusnya, aku nak kongsi dengan korang tentang ebook yang dah aku baca. Yang mana boleh download terus dari hosting aku, aku akan letak link untuk korang download ebook-ebook ni. Mostly, ebook-ebook ni berkaitan dengan perniagaan internet. Dan blog aku ni jugak akan turut berkongsi tentang perniagaan internet… satu gelombang yang semakin meningkat di Malaysia ni. Korang perasan ke dengan benda ni? Tepuk dada tanya selera. Takkan masih nak berkhayal dengan dunia chatting je kan?
Okey, memandangkan ni entri pertama berkaitan perniagaan internet, aku nak kongsi sikit tentang ebook ni, Wang Cyber e-zine. Untuk makluman korang yang masih tak tau, Wang Cyber merupakan satu tempat untuk komuniti usahawan internet berkongsi pengetahuan mereka tentang perniagaan internet.
Ebook ni merupakan edisi pertama dari Wang Cyber, dengan 16 halaman berwarna-warni. Huhuhu! Sumbangan penulisan dalam ni bukan secara individu tetapi 5 orang iaitu tazilan, mohdsufian, shuth, zul smartusaha dan hasrul. Antara topik yang dibincangkan ialah camne teknik nak menarik pelawat ke website korang, mengenali spam dan cara mengelak spam, temubual dengan team Saifulsham dan sudah semestinya topik berkaitan tentang perniagaan internet itu sendiri tentang siapa yang layak jadi usahawan internet.
Sementara stok masih ada, korang yang nak download ebook ni boleh terus dari website Wang Cyber sebab aku yang simpan dalam BOX.net aku hanya untuk kegunaan sendiri.







No comments yet.