RSS Feed for This PostArtikel terkini

24 tahun menonton Cicakman

Arini ponteng kerja. Sebabnya arini bukan hari yg biasa. Hepi besday untuk diri sendiri!!! Dah 24 tahun bernafas di alam ni. Hem, aku dengan si dia arini ke Times Square. Jalan-jalan and then tengok filem Cicak-Man.

Sinopsis:
Filem Cicak-Man mengisahkan tentang Hairi dan Danny yg bekerja di sebuah makmal Klon Technologies kepunyaan Profesor Klon. Suatu hari Hairi melepaskan seeokor cicak yg menjalani uji kaji vaksin terbaru yg telah termasuk ke dalam minumannya.

Pada suatu masa yg sama kota Metrofulus telah dilanda satu virus menyebabkan Profesor Klon tampil dengan vaksin keluarannya. Hairi dan Danny mengesyaki ada dalang dalam Klon Technologies yg telah menyebarkan virus tersebut. Bagi mendapatkan kepastian dua sahabat itu telah menyelinap masuk ke dlam bilik Profesor Klon dengan menggunakan pas kerja setiausahanya, Tania.

Dalam pada itu, Hairi mula merasakan perubahan dirinya dengan bersifat seperti seekor cicak dengan mengeluarkan bunyi yg aneh. Namun di sebalik keanehan itu, Hairi mendapati dirinya mempunyai kebolehan menakjubkan apabila dia mampu memanjat dinding dan menangkap sesuatu dengan menggunakan lidahnya yg panjang. Dengan kuasa luar biasa itu Hairi atau Cicak-Man cuba menyiasat apa yg berlaku dan menumpaskan niat jahat Profesor Klon serta konco-konconya.

Sumber: Utusan Malaysia

Cicak-Man adalah filem genre superhero komedi yg menggunakan teknik CGI (imej penjanaan komputer). Dalam filem ni, aku tengok kesan teknik CGI memang super kewl… hasil usaha Yusry Abdul Halim. Dan, unsur-nunsur komedi seorang superhero memang menjadi. Dewan 9 GSC Times Square penuh dengan penonton, mostly budak-budak… yelah, yg lain sibuk bekerja sebab hari Khamis. So, bagi yg dah tengok trailer Cicak-Man, takkan tengok trailer je… tengok pulak filem ni kat wayang. Memang tak rugi beb!!!

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Gravatar Comment by Zealios[dot]Net
2006-12-08 10:49:06

Aku pun dah tengok Cicakman tu. Hasil CGI mmg menjadi dan nampak real :) Walaupun banyak mencedok adegan2 dari filem luar negara tapi syabas jugak kepada KRU Production kerana berjaya dan berani menghasilkan filem macam ini. Ini satu permulaan untuk filem2 yang lagi canggih…Malaysia Boleh! :D Aku rasa Cicakman itu ada sambungan lar…Dr. Klon masih bebas…hehe :P

 
Gravatar Comment by Wizurai
2006-12-08 11:06:19

betul tu… hasil dia pun okeh… kota Metrofuus pun nampak real apa…
tu la, awek aku kata mcm tu gak… sebab ending dia Profesor Klon tu pun mcm klon jugak… suara dia tersangkut² kan?

 
Gravatar Comment by ikoko
2006-12-08 23:23:00

teringat kata-kata kat TV tadi.. review pasal filem ni..

ada Yusri Abd. Halim ngan prof klon.

banyak yang tak logik.. tapi orang malaysia boleh plak terima kalau orang luar buat tak logik.. :p

apa pun.. rasa macam nak tengok pulek.. :p sebenarnya dah tawar hati.. ni ko buat review cambest ni.. aku nak tengok gaks la nanti.. :D

 
Gravatar Comment by mdpai
2006-12-09 18:44:04

adui, cd dia dah kluar ke…nak tgk jugak.. =(

 
Gravatar Comment by khai
2006-12-10 01:57:24

arghh… begangnye akuuuuuuuu… dah 2 blog aku baca preview (dah nengok) pasal cicakman ni….

mmg selasa atau rabu ni, WAJIB turun TGV .. .arghhhh….

 
Gravatar Comment by Wizurai
2006-12-10 12:09:43

aku dah tgk… memang puas hati… lagipun ni hasil anak Malaysia…
Cicak-Man genre superhero komedi… jgn ingat mcm Spiderman, Batman, Superman etc… ni superhero yg komedi… memang kelakar le filem ni…
bagi aku, tak rugi kalau tengok kat wayang…

 
Gravatar Comment by emptyspace
2006-12-15 23:21:45

esok aku nak tengok cicakman ni.. diorang kate lawak gile.. hurmm..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.